X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Ahli Parlimen Lahad Datu keluar Warisan

Mohamaddin dalam sidang akhbar umum keluar daripada Warisan di Kota Kinabalu hari ini.
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi pada Sabtu mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyokong kerajaan Persekutuan.

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan perkara itu di Kota Kinabalu selain memberitahu akan kekal sebagai ahli Parlimen bebas di peringkat negeri dan Persekutuan.

"InsyaALLAH kalau dengan satu undi bebas itu diperlukan untuk membuat keputusan di peringkat Persekutuan di Parlimen, InsyaALLAH saya akan membantu sekiranya boleh membawa kemajuan kepada rakyat dan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Tambahnya lagi, antara sebab utama beliau mengambil keputusan keluar daripada parti itu ialah untuk kemajuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama.

"Tumpuan yang saya maksudkan ialah kemajuan dan pembangunan di kawasan yang diwakili oleh saya. DUN Segama perlu tumpuan khas kerana kawasan ini jauh ketinggalan. Kemajuan dan pembangunan boleh dianggap sifar, tandas awam pun tiada," katanya.

Ditanya jika tindakannya keluar daripada Warisan akan menyebabkan beliau akan diambil tindakan daripada parti itu, Mohamaddin memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia.

Ketika ini, Warisan mempunyai 19 kerusi DUN selepas tiga wakil rakyatnya meninggalkan parti untuk menjadi ADUN Bebas selain turut mempunyai tujuh kerusi Parlimen selepas Mohammadin keluar daripada parti.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!