X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Bantuan RM350 untuk golongan bujang

Tengku Zafrul
A
A

SHAH ALAM - Golongan bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 turut menerima bantuan sebanyak RM350 di bawah inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengumuman Bajet 2022 itu hanya menyenaraikan sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan untuk Keluarga Malaysia.

Menurutnya, ramai yang bertanya di media sosial sama ada BKM diberikan kepada golongan bujang atau tidak.

“Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan.

“Tapi dalam Bajet 2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat.

“Saya kongsikan di sini ringkasan BKM untuk rujukan semua. Insya-ALLAH pencerahan lain akan menyusul,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Pada Jumaat, kerajaan memperkenalkan BKM menerusi Bajet 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tengku Zafrul berkata, BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!