Penangguhan bayaran ansuran cukai PMKS selama enam bulan

Semua perniagaan dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang perlu dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Oktober 2022.
Semua perniagaan dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang perlu dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Oktober 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merupakan empat langkah kerajaan untuk membantu PMKS supaya kembali merancakkan ekonomi negara.

Beliau berkata, semua perniagaan juga dibenarkan membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang perlu dibayar dalam bulan ke-11 sebelum 31 Oktober 2022.

“Selain itu, kerajaan juga mencadangkan agar potongan cukai khas sehingga Jun 2022 kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Kemudian, kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap juga boleh dibawa ke hadapan dari tempoh maksimum tujuh tahun taksiran berturut-turut kepada maksimum 10 tahun,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: