Padah bogel menerusi video dalam talian

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Polis Klang menerima sebanyak 35 laporan polis melibatkan pemerasan video bogel dari tahun ini hingga Oktober dan 18 tangkapan sudah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kesemua laporan kini disiasat di bawah Seksyen 384 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, modus operandi kes ini ialah menerusi perkenalan di laman sesawang dengan individu wanita dan suspek kemudiannya akan meminta mangsa menghubunginya menerusi video dalam talian.

"Mangsa kemudiannya akan diminta melakukan perbuatan lucah yang akan dirakam oleh suspek. Mangsa tanpa disedari akan diugut untuk mendapatkan wang," katanya.

Terkini katanya, seorang lelaki membuat laporan polis apabila diugut video serta gambar bogelnya akan disebarkan selepas mengenali seorang wanita di laman sosial.

Tambah beliau, mangsa sebelum ini berkenalan dengan wanita menerusi satu aplikasi pada Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa itu bagaimanapun dihubungi seorang lelaki yang tidak dikenali pada hari sama dan mengugut memberikan sejumlah wang untuk memadam video dan gambar bogel itu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

"Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan taktik sebegini yang mana akan memberikan kesan kepada mangsa itu sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: