X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Bajet 2022: RM20 juta untuk setiap negeri

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan khusus berjumlah RM20 juta bagi setiap negeri bagi memfokuskan kepada projek berkenaan jaminan makanan, pelancongan dan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan untuk perkara tersebut adalah RM260 juta.

“Kerajaan prihatin membantu kerajaan negeri meningkatkan pembangunan ekonomi negeri,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Seterusnya, tambah beliau, Sabah dan Sarawak akan menerima peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing kepada RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion.

“Peruntukan ini antaranya adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan,” ujarnya.

Menurut Tengku Zafrul, bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi, projek-projek pembangunan akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM690 juta.

“Ia merangkumi enam projek baharu dan 66 projek sambungan seperti projek Pertanian Pintar di Igan, Sarawak,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!