Baucar perlindungan RM75 kepada penerima B40

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan baucar perlindungan di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang kepada RM75 bagi penerima bantuan B40 pada tahun 2022.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, baucar tersebut juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari 2022.

“Kerajaan komited untuk teruskan pelbagai dasar dan program perlindungan bagi manfaat keluarga Malaysia yang memerlukan.

“Diharapkan dengan perluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutama yang menunggang moto untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu, katanya, kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 ringgit Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.

Artikel Berkaitan: