Tujuh inisiatif utama bantu sektor pelancongan

Kerajaan perkenalkan tujuh inisiatif utama dengan nilai keseluruhan RM1.6 bilion bagi membantu sektor pelancongan terjejas akibat pandemik Covid-19. - Foto 123RF
Kerajaan perkenalkan tujuh inisiatif utama dengan nilai keseluruhan RM1.6 bilion bagi membantu sektor pelancongan terjejas akibat pandemik Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan memperkenalkan tujuh inisiatif utama dengan nilai keseluruhan RM1.6 bilion bagi membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara inisiatif tersebut ialah pelaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar kepada pemain industri pelancongan.

“Kerajaan akan meneruskan inisiatif PSU khusus kepada pengusaha pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Melalui peruntukan sebanyak RM600 juta, inisiatif ini bakal memanfaatkan lebih 26,000 majikan dan 330,000 pekerja,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memberitahu, inisiatif lain turut melibatkan pembiayaan khusus bagi sektor pelancongan sebanyak RM600 juta di bawah Penjana Tourism Financing dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Rehabilitation Scheme

Tambahnya, kerajaan juga memperuntukkan RM85 juta bagi bantuan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk tempoh tiga bulan.

“Inisiatif keempat ialah penyelenggaraan infrastruktur pelancongan dengan peruntukan RM50 juta termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad serta Lembah Bujang di Kedah.

“Selain itu, pemberian geran padanan bagi tujuan pembaikan kepada 738 hotel bajet yang berdaftar di bawah MOTAC serta geran

Artikel Berkaitan:

pembaikan kepada pemilik inap desa berdaftar dengan peruntukan RM30 juta,” ujarnya.

Tengku Zafrul turut memaklumkan, kerajaan menyertakan pemberian geran padanan kepada syarikat yang menganjurkan program berkaitan seni dan budaya dengan peruntukan RM50 juta.

“Inisiatif ketujuh ialah dana bagi tujuan aktiviti promosi serta galakan pelancongan domestik dengan peruntukan RM60 juta.