2021 tahun mencabar buat Malaysia: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jangkaan proses pemulihan negara tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, 2021 merupakan tahun yang lebih mencabar untuk Malaysia.

"Bagi Malaysia, ternyata tahun ini lebih mencabar buat kita. Tahun 2021 yang pada awalnya kita jangka sebagai sebuah tahun pemulihan.

"Bagaimanapun malangnya telah tertangguh kerana situasi penularan Covid-19 yang terus kritikal sejak pembentangan Belanjawan 2021 setahun lalu," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambahnya, tempoh mencabar itu bukan sahaja dialami negara malah turut dilalui negara lain di dunia.

"Dalam mengharung pandemik global ini, negara sedunia terpaksa mengurus dua beban duka, menyelamat nyawa sejagat dan mempertahan iktisad," katanya.

Artikel Berkaitan: