Ekonomi negara bakal catat pemulihan stabil

Ekonomi Malaysia dijangka akan mencatatkan pemulihan stabil berikutan normalisasi aktiviti ekonomi, dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi 2021 mencatat pertumbuhan 16.8 peratus kepada RM2.1 trilion, meskipun pertumbuhan global tidak sekata.
Ekonomi Malaysia dijangka akan mencatatkan pemulihan stabil berikutan normalisasi aktiviti ekonomi, dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi 2021 mencatat pertumbuhan 16.8 peratus kepada RM2.1 trilion, meskipun pertumbuhan global tidak sekata.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka akan mencatatkan pemulihan stabil berikutan normalisasi aktiviti ekonomi, dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi 2021 mencatat pertumbuhan 16.8 peratus kepada RM2.1 trilion, meskipun pertumbuhan global tidak sekata.

Bagi prestasi perdagangan Malaysia, eksport kasar dijangka meningkat 17.1 peratus pada 2021 didorong oleh permintaan luar yang kukuh berikutan pemulihan aktiviti ekonomi sejajar dengan pelaksanaan program vaksinasi global yang pantas terutamanya dalam kalangan negara maju, menurut Kementerian Kewangan dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2022 yang dikeluarkan hari ini.

“Eksport barangan pembuatan dianggarkan berkembang 17.8 peratus berikutan permintaan yang lebih tinggi bagi produk elektrik dan elektronik (E&E) pada 12.8 peratus dan bukan E&E pada 22 peratus.

“Eksport E&E yang tinggi dipacu oleh peningkatan trend global dalam pendigitalan dan teknologi termasuk semikonduktor, kelengkapan peralatan telekomunikasi dan perkakasan mesin elektronik,” katanya.

Jelas laporan itu, eksport bagi produk bukan E&E khususnya produk getah dijangka meningkat pada 2021 berikutan permintaan global yang tinggi untuk PPE terutamanya sarung tangan getah.

“Pada masa yang sama, eksport barangan pertanian dianggarkan berkembang 18.7 peratus didorong oleh minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit dan getah asli,” katanya.

Peningkatan permintaan dari Belanda, China dan India dijangka akan menyumbang kepada peningkatan eksport minyak sawit sebanyak 22.3 peratus.

Di samping itu, pelaksanaan duti import yang lebih rendah terhadap minyak sawit mentah oleh India dijangka dapat melonjakkan eksport minyak sawit.

Artikel Berkaitan:

Eksport barangan perlombongan diunjur meningkat sebanyak 4.1 peratus disokong oleh kenaikan permintaan global bagi petroleum mentah sebanyak 4.9 peratus dan gas asli cecair (LNG) sebanyak 1.1 peratus.

Peningkatan permintaan daripada aktiviti perindustrian dan pengangkutan global serta kenaikan harga menyumbang kepada peningkatan eksport barangan perlombongan.

Sementara itu, Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa keseluruhan perdagangan bagi tahun 2022 dijangka mencatatkan pertumbuhan kepada RM2.12 bilion manakala unjuran eksport kasar bagi tahun yang sama dijangka mencatatkan pertumbuhan berjumlah RM1.17 bilion. -Bernama