Baucar perlindungan RM75 kepada penerima B40

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meningkatkan baucar perlindungan kepada RM75 untuk penerima bantuan B40 pada tahun 2022.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, baucar tersebut juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari 2022.

“Kerajaan komited meneruskan pelbagai dasar dan program perlindungan bagi manfaat Keluarga Malaysia yang memerlukan.

“Melalui skop yang lebih luas ini memberi perlindungan kepada kumpulan B40 terutama yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki memperoleh manfaat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: