Lupakan Real Madrid, Barcelona, kekal sahaja di Liverpool

Kontrak Salah bersama Liverpool bakal berakhir 2023.
Kontrak Salah bersama Liverpool bakal berakhir 2023.
A
A
A

BEKAS penyerang England, Darren Bent mengesa Mohamed Salah menolak peluang beraksi bersama Real Madrid atau Barcelona, sebaliknya mengekalkan khidmat bersama Liverpool seiring dengan perkembangan positif semasa kelab Merseyside itu sejak kebelakangan ini.

"Reputasi dan prestasi semasa Salah ketika ini menyebabkannya tidak mempunyai banyak pilihan kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya selain gergasi besar.

"Saya tahu Real Madrid pernah membida sejumlah wang yang besar bagi mendapatkan khidmat Kylian Mbappé sebab kelab tersebut dalam proses pembentukan semula, tapi ianya juga amat bergantung kepada kesungguhan malah paling penting kewangan kelab tersebut," katanya.

Penyerang Mesir itu sebelum ini mencipta impak tersendiri apabila meledak hatrik ketika membantu Liverpool mengatasi seteru utama Manchester United 5-0 dengan dua gol lagi disumbangkan Naby Keïta dan Diogo Jota.

Tiga gol Salah di Old Trafford itu membolehkannya merekodkan jaringan ke-15 musim ini sekali gus disifatkan pengendali The Reds, Jurgen Klopp sebagai antara persembahan terbaik pemain berkelas dunia.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk kekal di Anfield menjelang kontraknya yang bakal berakhir pada 2023, namun dia masih belum menyatakan komitmen sementara menunggu tawaran terbaharu Liverpool.

Prestasi semasa Salah itu menyebabkannya penasihatnya

Ramy Abbas Issa berharap pemain itu dipertimbangkan untuk mendapat gaji minggu terbaharu sebanyak £500,000 (RM2.85 juta) seminggu.

Artikel Berkaitan:

Situasi semasa itu memungkinkan Salah direkrut pesaing atas kapasiti pra kontrak paling segera pada Januari 2022, pada ketika gergasi Eropah lain mengintai peluang menyambar kelibat pemain lincah itu dari Merseyside berkenaan.

Bent yang meledak 106 gol semasa beraksi di saingan tahap tinggi liga Inggeris sebelum ini juga mempertahankan Liverpool, apabila mendakwa kelab kendalian Jurgen Klopp merupakan pasukan lebih besar jika dibandingkan dua gergasi Sepanyol itu.

"Dulu mungkin Barcelona, Real Madrid merupakan kelab besar yang kukuh, namun tidak lagi selepas pencapaian Liverpool sejak kebelakangan ini.

"Apabila memperkatakan mengenai kelab besar pada ketika ini khususnya yang boleh menyerlah dan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara, saya percaya Liverpool, Chelsea, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich.

"Dalam situasi seandainya saya menjadi Salah, sekiranya Barcelona atau Real Madrid cuba mendapat khidmat saya dari Liverpool, saya memilih kekal di Anfield.

"Dan sekiranya anda bertanyakan kelab pilihan untuk saya bermain di penghujung karier bola sepak tentunya Liverpool, namun saya tidak boleh terlalu berharap kerana kesudahannya keputusan bergantung kepada keazaman dan perancangan kelab," katanya.

Untuk rekod, Salah merupakan antara pemain dari benua Afrika yang menerima gaji paling lumayan di pentas saingan Liga Perdana Inggeris bakal mengemudi The Reds menentang Brighton kendalian Graham Potter, pada Sabtu.