Jamin Kerja Keluarga Malaysia sedia 600,000 peluang kerja

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia atau JaminKerja menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja dengan sasaran 300,000 ribu orang dan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

“Di bawah inisiatif ini, kepada majikan yang mengambil ‘Keluarga Malaysia’ yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut memberikan insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya

tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas.

Menurutnya, insentif berkenaan bertujuan untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti orang kelainan upaya (OKU), orang asli dan banduan.

“Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang menggajikan golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: