RM332.1 bilion Bajet 2022, peruntukan tertinggi

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM332.1 bilion bagi Bajet 2022 sekaligus menjadi nilai peruntukan tertinggi dalam sejarah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, kerajaan bercadang menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus.

Menurut beliau, sebanyak RM75.6 bilion pula untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.

"Sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka.

"Sungguhpun ini merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus pada 2021," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tahun lalu, Tengku Zafrul mengumumkan perbelanjaan bagi Bajet 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' berjumlah RM322.5 bilion.

Artikel Berkaitan: