Kerajaan cadang perkenal duti eksais minuman bergula, cecair nikotin

Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandung nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandung nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt kopi dan teh.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengenalan duti eksais itu akan turut melibatkan produk cecair atau gel mengandung nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

"Kerajaan turut akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia seperti lisosomal.

“Bagi memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan awam, kerajaan akan bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulance untuk meningkatkan akses dan capaian respons perkhidmatan ambulans,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Katanya, langkah itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai persediaan pengajian kepakaran kepada pegawai perubatan negara.

“Sebagai tambahan, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian,” katanya.

Artikel Berkaitan: