Bajet 2022 sediakan RM32.4 bilion kepada KKM

 Bajet 2022 menyediakan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. - Foto Fail Bernama.

Bajet 2022 menyediakan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. - Foto Fail Bernama.

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bajet 2022 menyediakan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebagai kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat, peruntukan bagi KKM ada yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

“Kerajaan akan terus mengutamakan aspek kesihatan awam bagi membina daya tahan negara dalam persediaan kita ke fasa endemik Covid-19,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM4 bilion turut disediakan khusus untuk meneruskan agenda dalam menangani wabak Covid-19 membabikan RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

“Sejumlah RM2 bilion ringgit lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, pakaian perlindungan diri (PPE) dan kit kesihatan.

“Dalam semangat Keluarga Malaysia, KKM juga telah menyumberluar ke hospital swasta dan hospital seliaan Kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: