Thailand lancar sijil vaksinasi Covid-19 digital pada November

Gambar hiasan. - Foto Bangkokpost
Gambar hiasan. - Foto Bangkokpost
A
A
A

BANGKOK - Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan Thailand meluluskan rang undang-undang untuk sijil vaksinasi Covid-19 digital yang dijangka dilancarkan pada November, lapor Agensi Berita Thailand.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul, selaku pengerusi jawatankuasa itu, berkata pemohon untuk sijil elektronik tersebut perlu membayar 50 baht (AS$1.50) setiap keluaran.

Beliau berkata 102 organisasi diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19.

Ia termasuk Jabatan Kawalan Penyakit, pejabat kesihatan awam wilayah dan hospital. Lebih 40,000 orang telah memohon sijil itu. Buat masa ini hanya berapa organisasi terpilih sahaja akan mengeluarkan sijil digital itu pada bulan depan sebelum ia diperluaskan kepada kemudahan lain.

Jawatankuasa itu juga mentakrifkan semula kategori mereka yang berisiko tinggi mempunyai kontak dengan kes Covid-19 di dalam penerbangan.

Di samping itu, jawatankuasa turut memutuskan untuk memendekkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari untuk mereka lengkap divaksin yang berisiko tinggi sebagai kontak. -Bernama

Artikel Berkaitan: