McDonald’s Malaysia santuni anak yatim sempena Bulan Komuniti Kanak-kanak

A
A
A

Sumbangan bekalan makanan turut diserahkan kepada Timbalan Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Norizan Zakaria pada majlis berkenaan.
Sumbangan bekalan makanan turut diserahkan kepada Timbalan Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Norizan Zakaria pada majlis berkenaan.

Dalam suasana pandemik ketika ini, McDonald’s Malaysia terus meningkatkan nilai positif dan mengukuhkan komitmen mereka terhadap golongan memerlukan melalui pelbagai inisiatif yang dianjurkan.

Bertepatan dengan misi program Komuniti @ McD & RMHC, mereka komited dengan matlamat untuk membantu masyarakat di sekitar lokasi operasinya, dengan tumpuan khusus terhadap golongan kanak-kanak bersempena kempen Bulan Komuniti Kanak-kanak yang disambut setiap bulan Oktober sejak 2017.

Sempena sambutan itu pada tahun ini, McDonald’s dan RMHC menyumbangkan tilam dan bantal baharu kepada 25 rumah anak yatim untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang tinggal di sana bagi membolehkan pertumbuhan yang sihat buat mereka.

Artikel Berkaitan:

Azmir (dua dari kiri) menyampaikan simbolik cek sumbangan tilam dan bantal baharu kepada Timbalan Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Norizan Zakaria.
Azmir (dua dari kiri) menyampaikan simbolik cek sumbangan tilam dan bantal baharu kepada Timbalan Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Norizan Zakaria.

Dalam usaha memberi keceriaan kepada 12,000 kanak-kanak yang terlibat, kru McDonald’s dari 300 restoran turut menganjurkan parti sambutan hari jadi di 400 rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia pada hujung minggu lalu, sempena Hari Kanak-kanak Kebangsaan.

Sebanyak RM350,000 telah dibelanjakan untuk sumbangan keperluan bilik tidur dan menyempurnakan sambutan parti hari jadi di semua lokasi.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s Malaysia sentiasa komited memastikan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi mereka dan ingin menjadi ‘jiran’ yang prihatin kepada golongan memerlukan.

“Dengan keadaan rumah yang lebih baik, kami harap dapat memberikan persekitaran yang selesa dan selamat untuk perkembangan kanak-kanak ini.

Azmir turut sama membantu menyalin keperluan tempat tidur anak-anak yatim di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Azmir turut sama membantu menyalin keperluan tempat tidur anak-anak yatim di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.

“Kami berhasrat memberi inspirasi kepada kanak-kanak agar mereka membesar menjadi individu yang mempunyai cita-cita dan aspirasi. Pada masa sama memupuk semangat hidup bermasyarakat yang saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Beliau bersama-sama warga kerja McDonald’s Malaysia berganding bahu menjayakan parti sambutan hari jadi dan menjalankan aktiviti susun atur bilik tidur asrama lelaki, di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan pada 25 Oktober lalu.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan merupakan salah sebuah daripada 25 rumah anak yatim terpilih untuk kempen berkenaan.

Inisiatif tahunan

No Image Caption

Sejak tahun 2017, restoran khidmat segera ini telah memulakan inisiatif Bulan Komuniti Kanak-kanak pada setiap bulan Oktober di semua rangkaian restorannya dengan mendekati kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui pelbagai inisiatif seperti rombongan belajar, lawatan ke wad hospital dan banyak lagi.

Setiap tahun, dianggarkan 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah program Komuniti @ McD & RMHC untuk membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

“Selain menjamin kesejahteraan masyarakat, kami mahu mewujudkan sebanyak mungkin impak positif dan terus memberi keceriaan kepada seramai mungkin anggota masyarakat.

“Matlamat kami adalah untuk membolehkan golongan masyarakat yang memerlukan tidak berasa terpinggir dan mereka tahu ada yang sudi meringankan beban mereka. Pokoknya, McDonald’s mahu menjadi tiang sokongan untuk masyarakat setempat,” jelas Azmir.

Sempena Hari Kanak-Kanak Kebangsaan, McDonald’s Malaysia mengadakan majlis hari jadi sebagai kemuncak acara untuk meraikan dan menggembirakan anak-anak yatim di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Sempena Hari Kanak-Kanak Kebangsaan, McDonald’s Malaysia mengadakan majlis hari jadi sebagai kemuncak acara untuk meraikan dan menggembirakan anak-anak yatim di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.

Bagi merealisasikan matlamat itu, McDonald’s Malaysia dan kakitangannya sentiasa tekun melaksanakan inisiatif kemasyarakatan sepanjang tahun.

McDonald’s dan RMHC secara aktif telah melaksanakan sumbangan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

Sehingga tahun 2021, hampir RM9 juta telah dibelanjakan untuk pek “Kembali ke Sekolah” dan diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara.

McDonald’s Malaysia terus komited mendekati lebih banyak golongan masyarakat dengan membawa mesej kesejahteraan secara menyeluruh selain menekankan kepentingan pendidikan.