Tengku Zafrul sedia bentang Bajet 2022

Tengku Zafrul memegang beg yang mengandungi teks ucapan Bajet 2022.
Tengku Zafrul memegang beg yang mengandungi teks ucapan Bajet 2022.
A
A
A

PUTRAJAYA - Segak berbaju Melayu berwarna peach, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersedia membentangkan Bajet 2022 pada petang ini.

Sebelum memulakan perjalanan ke Parlimen, bacaan doa dipimpin Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Mohamad Zukrillah bagi mendapatkan keberkatan dan melancarkan pembentangan Bajet 2022 pada jam 4 petang ini.

Tengku Zafrul dilihat menggenggam erat beg hitam bercorak tenun dan terpapar nama Zafrul yang mengandungi teks ucapan Bajet 2022.

Ini merupakan kali kedua Tengku Zafrul membentangkan bajet selepas Bajet 2020 di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu.

Beliau meninggalkan pejabatnya pada jam 3.05 petang dengan diiringi, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Bajet 2022 disifatkan sebagai belanjawan pemulihan yang dinanti-nantikan segenap lapisan masyarakat yang ingin mengetahui langkah pembaharuan dan berjangka panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ia berdasarkan tiga fokus utama iaitu memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya tahan negara dan memangkin pembaharuan, dengan bank dan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan (DFI) akan memainkan peranan penting untuk terus maju.

ARTIKEL BERKAITAN:Bajet 2022 dibentang di Dewan Rakyat hari ini

Artikel Berkaitan: