Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di tepi jalan

Zainal Mohamed (kanan) datang ke lokasi kejadian penemuan mayat lelaki di tepi Jalan Sungai Tua - Ulu Yam di sini pada Jumaat.
Zainal Mohamed (kanan) datang ke lokasi kejadian penemuan mayat lelaki di tepi Jalan Sungai Tua - Ulu Yam di sini pada Jumaat.
A
A
A

GOMBAK - Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di tepi Jalan Sungai Tua - Ulu Yam di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 8.30 pagi.

"Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke lokasi kejadian.

Setakat ini identiti mayat berkenaan masih belum dikenal pasti," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Zainal Mohamed berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan dipercayai dibunuh.

"Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi. Kami masih belum mengetahui sama ada mangsa dibunuh di kawasan lain atau sebaliknya," kata beliau.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: