Kehadiran tonggak perkuat Chelsea

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel berharap kehadiran semula pemain tonggak, Cesar Azpilicueta, Andreas Christnesen, N’Golo Kante dan Christian Pulisic akan membantu memperkuatkan The Blues untuk berdepan Newcastle, di St James Park, pada Sabtu.

Bagaimanapun menurut Tuchel, situasi semasa mengenai tonggak serangan, Romelu Lukaku dan Timo Werner masih belum dapat dipastikan dan mungkin memerlukannya menunggu hingga ke saat akhir sebelum perlawanan.

“Azpilicueta, Christensen, Kante and Pulisic sudah pun menjalani latihan di Cobham pada Khamis dan diharapkan, kesemua mereka dapat beraksi pada perlawanan kali ini.

“Kita sememangnya tidak ambil mudah setiap perlawanan tetapi dalam masa sama kita juga mahu memastikan kita dapat menurunkan pemain-pemain terbaik pada setiap perlawanan.

“Setakat ini, pemain yang kita turunkan dilihat menjalankan tugas dengan baik tetapi kita tetap mengharapkan pemain-pemain tonggak kita untuk kembali pulih dan dapat diturunkan,” katanya.

Sementara itu, Tuchel turut mengharapkan pemain-pemain yang bakal beraksi kelak dapat memberikan aksi terbaik bagi menjamin kemenangan The Blues, seterusnya mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pulisic (kiri) dan Kante pada sesi latihan. - Foto Getty Images
Pulisic (kiri) dan Kante pada sesi latihan. - Foto Getty Images

Katanya, kemenangan itu juga dilihat penting apabila dua pencabar terdekat, Liverpool dan Manchester City akan turut beraksi pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

“Agak penting untuk kita memenangi perlawanan ini dan berada di puncak.

“Oleh itu, siapa juga yang diturunkan, diharap dapat melaksankaan tanggungjawab yang diberikan untuk memastikan kemenangan pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Chelsea kini gah memimpin carta EPL dengan 22 mata hasil daripada sembilan perlawanan.