Pesawat Israel dibenarkan mendarat di Arab Saudi

Gambar fail menunjukkan Lapangan Terbang Raja Khalid di Riyadh. - Foto Shutterstock
Gambar fail menunjukkan Lapangan Terbang Raja Khalid di Riyadh. - Foto Shutterstock
A
A
A

RIYADH - Sebuah pesawat peribadi Israel dilaporkan mendarat di Riyadh, Arab Saudi pada pagi Selasa lalu dan merupakan kapal terbang awam pertama dari negara Yahudi itu melakukan pendaratan di negara tersebut.

Pendaratan itu selepas sehari sebuah pesawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berlepas dari sebuah lapangan terbang Arab Saudi dan mendarat di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Israel pada Isnin lalu.

Arab Saudi dan Israel setakat ini tidak mempunyai hubungan rasmi tetapi kedua-dua pihak dilaporkan telah melakukan lawatan dan mengadakan perbincangan secara rahsia.

Berikutan ketiadaan hubungan diplomatik itu, sebarang penerbangan komersial antara kedua-dua pihak juga tidak diadakan.

Setakat ini negara-negara yang mengharamkan penerbangan ke Israel ialah Afghanistan, Algeria, Arab Saudi, Bangladesh, Brunei, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Malaysia, Oman, Pakistan, Qatar, Somalia, Syria, Tunisia dan Yemen.

Media Israel melaporkan pendaratan kapal terbang peribadi di Arab Saudi itu menunjukkan peningkatan hubungan rejim Zionis di rantau Arab setelah ia berjaya menormalisaikan hubungan dengan UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan pada tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: