Bajet 2022: Fokus kepada kelestarian, alam sekitar

Dari kiri: Chean Chung; moderator, Zoraya Vadillo, Ulya dan Trica selepas program Wacana Sinar Edisi Khas bertajuk 'Pengurusan Endemik untuk Bajet 2022' yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Dari kiri: Chean Chung; moderator, Zoraya Vadillo, Ulya dan Trica selepas program Wacana Sinar Edisi Khas bertajuk 'Pengurusan Endemik untuk Bajet 2022' yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM – Kelestarian dan penjagaan alam sekitar adalah dua isu utama yang harus diangkat dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada petang ini.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Husamuddin berkata, Malaysia tidak lagi memerlukan menara setinggi 54 tingkat di Kuala Lumpur kerana ia mungkin akan dibiarkan kosong berikutan isu ketidakmampuan di samping turut memberi kesan kepada tahap suhu dalam bandar.

Katanya, walaupun rakyat Malaysia sedar dasar kelestarian masa depan yang dilancarkan, namun masih ramai tidak mengetahui tentang hala tujunya.

Menurut Ulya, penyelidikan dan mekanisme yang betul perlu dilaksanakan bagi menyediakan infrastruktur dan keupayaan rakyat untuk menyesuaikan diri dengan industri kereta elektronik sebagai contoh bagi penyelesaian mengurangkan pelepasan karbon.

Ulya
Ulya

“Jika saya memilih untuk membeli kereta elektrik di Malaysia sekarang adalah kerana saya mahu menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk memastikan pelepasan karbon berada pada tahap paling rendah. Tetapi di manakah saya perlu mengecas kereta saya?

“Hanya beberapa tempat sahaja yang memilikinya terutama di kawasan bandar tetapi jika saya tinggal di Pokok Sena, Kedah misalnya, ia tidak berapa sesuai untuk membeli kenderaan elektrik.

"Malaysia perlu memikirkan bagaimana kita akan berubah atau bergerak ke hadapan," katanya ketika Edisi Khas Wacana Sinar bertajuk 'Pengurusan Endemik untuk Bajet 2022' pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah bahawa isu itu juga menimbulkan persoalan mengenai hala tuju Malaysia dalam hal tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh berkata, ramai berpendapat pandemik Covid-19 hanyalah perintis kecil tentang mengenai isu perlu dihadapi oleh negara dan dunia pada masa depan dengan perubahan iklim.

"Dasar negara kita tidak diletakkan dengan baik untuk berhadapan dengan perubahan cuaca ekstrem," katanya, sambil menambah bahawa ia terjadi sebahagiannya disebabkan kedudukan negara yang tidak terdedah kepada bencana alam seperti negara jiran Indonesia dan Filipina.

Meskipun mengakui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sememangnya menangani beberapa isu kelestarian dan alam sekitar, Tricia bagaimanapun menjelaskan, ia tidak menetapkan tempoh masa diambil untuk menggerakkan dasar, sistem, institusi dan kemudahan asas untuk menampungnya.

Tricia
Tricia

Tricia turut mempersoalkan sama ada kerajaan bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai tenaga boleh diperbaharui dan perancangan mampan dengan syarikat sektor korporat, syarikat dan pengguna bagi mengambil langkah tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu yang juga Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung menekankan kelestarian bukan sahaja terhad kepada isu alam sekitar bahkan politik dan ekonomi yang turut memainkan peranan dalam membentuk agenda.

Chean Chung
Chean Chung

“Kita juga harus melihat kemampanan politik dan ekonomi kerana ia adalah sama penting. Pembangunan adalah sama penting untuk negara.

“Sedang kita melihat bagaimana untuk membangunkan sebuah negara, kita juga mesti memastikan kita semua sentiasa berada di barisan hadapan dalam pencapaian teknologi dan memastikan rakyat dapat mengekalkan atau meningkatkan kualiti hidup mereka.

"Adalah sukar untuk mengimbangi kedua perkara tersebut dan ia lebih mudah untuk dicapai oleh negara membangun," katanya sambil menambah bahawa adalah penting untuk melihatnya dengan menggunakan pendekatan bawah ke atas.

Bajet 2022 akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat dan dijangka mencerminkan pendekatan “Keluarga Malaysia” yang inklusif, selaras dengan dasar dan strategi dalam RMK12.

Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan bajet akan memberi tumpuan kepada pemulihan, membina semula daya tahan negara dan memangkin pembaharuan untuk memacu aktiviti pemulihan sosioekonomi dan agenda pembangunan negara.

Edisi Khas Wacana Sinar merupakan permulaan kepada portal bahasa Inggeris baharu Sinar Dail yang akan bersiaran secara langsung pada bulan Disember. Nantikannya kerana kandungan lebih komprehensif dan menarik menanti anda.