Jepun suntik penggalak kepada semua penduduk

No Image Caption
A
A
A

TOKYO - Panel kementerian kesihatan Jepun pada Khamis bersetuju mengenai rancangan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga, atau suntikan penggalak kepada semua penduduknya yang telah menerima dua dos vaksin.

Suntikan penggalak dijangka diberikan seawal lapan bulan selepas suntikan kedua selesai. Bila dos penggalak akan mula diberikan belum ditetapkan, namun dijangka ia bermula pada Disember dengan petugas perubatan, menjadi kumpulan pertama yang akan menerimanya mulai Februari.

Menurut laporan Jiji Press, kementerian kesihatan dijadual memutuskan secara rasmi pelan suntikan penggalak pada November.

Panel kementerian mengambil kira kaji selidik luar negara yang menunjukkan bahawa kesan pencegahan jangkitan terhadap vaksin pengeluar ubat Pfizer Inc. Amerika Syarikat turun daripada 88 peratus kepada 47 peratus selepas lima bulan untuk semua individu berusia 12 tahun ke atas.

Panel itu juga bersetuju untuk menjamin peluang vaksinasi kepada penduduk yang masih belum menerima suntikan vaksin selepas suntikan penggalak bermula.

Jepun menggunakan tiga vaksin Covid-19, masing-masing dibangunkan oleh Pfizer, syarikat biofarmaseutikal AS Moderna Inc dan AstraZeneca PLC Britain.

Kementerian kesihatan mempunyai kontrak untuk memperoleh 120 juta dos vaksin Pfizer dan 50 juta dos vaksin Moderna untuk tahun depan. -Bernama

Artikel Berkaitan: