95 lagi kematian akibat Covid-19

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu meningkat kepada 28,769. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu meningkat kepada 28,769. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 95 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,769 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,449,463 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 24 daripada 95 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 71,358 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 55,397 individu atau 77.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,461 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,936 kes dirawat di hospital dan 564 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 265 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 299 lagi memerlukan mesin ventilator. -Awani

Artikel Berkaitan: