Kes Nurin Jazlin: Ibu sahkan mayat anak menerusi tanda lahir - Amidon

Nurin Jazlin
Nurin Jazlin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ada beberapa perkara berhubung pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin yang tidak dapat didedahkan kepada umum berikutan keperluan menjaga sensitivi keluarga mangsa.

Bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan ketika berkongsi pengalaman ketika beliau mengawal selia kes berprofil tinggi itu mengakui perkara yang sensitif berkenaan hanya boleh diperoleh pihak berkuasa.

Bercerita mengenai proses pengecaman mayat, Amidon berkata hanya ibu mangsa yang berada di hospital.

“Polis perlu membuat pengecaman sebelum proses bedah siasat dan seterusnya pengecaman oleh waris terdekat," kata Amidon dalam temu bual bersama Astro AWANI, di sini hari ini.

Katanya, hasil pengecaman membuktikan mangsa mempunyai tanda lahir pada bahagian paha.

“Saya lahirkan dia dan saya tahu ini adalah anak saya- itu kata ibu Nurin Jazlin, Norazian Bistaman kepada saya sewaktu proses pengecaman mayat pada waktu itu," kata Amidon.

Tanda lahir identiti penting

Amidon mendedahkan, penemuan tanda lahir pada bahagian anggota badan mangsa merupakan pengecaman identiti penting disebabkan arwah tidak memiliki apa-apa dokumen ketika ditemui.

Artikel Berkaitan:

Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam, 20 Ogos 2007.

Arwah yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Media tempatan melaporkan hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.

Ketika kejadian, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat itu sebagai anak perempuan mereka kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal kanak-kanak terbabit.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak wajar dipersoal oleh bapa Nurin Jazlin

Musa pada ketika itu merupakan Ketua Polis Negara ketika kejadian kes pembunuhan kejam, Nurin Jazlin, 14 tahun lalu. - Awani