X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

261 lagi kes baharu VOC dikesan dalam negara

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 261 lagi kes baharu Covid-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini dengan varian Delta mencatatkan angka tertinggi iaitu 259 kes jangkitan dari 20 Oktober hingga 28 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain Delta, satu lagi varian VOC dikesan adalah Beta yang merekodkan dua kes.

Menurutnya, varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Fakulti Perubatan (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC-UM).

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes.

"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Aplha berada dalam kategori VOC.

Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!