X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Sukma Johor ditangguhkan ke 2024

Ahmad Faizal Azumu - Foto fail Bernama
A
A

JAWATANKUASA tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) pada Khamis bersetuju agar penganjuran temasya sukan terbesar negara itu di Johor pada tahun hadapan ditangguhkan ke 2024.

Perkembangan itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, yang meneliti status laporan terkini penganjuran Sukma dan Para Sukma Johor 2020.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, jawatankuasa sama turut bersetuju supaya Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur.

“Tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dan Para Sukma akan datang.

“Seterusnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan pelaksanaan temasya ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sukma Johor 2020, yang sepatutnya berlangsung pada 6 hingga 14 Mac 2021 dan Para Sukma pada 5 hingga 10 April dibatalkan sekali lagi, berikutan peningkatan kes Covid-19 tahun ini. - Bernama

TAG: ahmad faizal azumu, sukma, para sukma, johor, tangguh, MSN, KBS


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!