Kutipan zakat di Pahang meningkat 5.9 peratus

Tengku Amir Nasser (dua, kiri) menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Pharmaniaga pada di Hotel GrandMakmur pada Khamis.
Tengku Amir Nasser (dua, kiri) menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Pharmaniaga pada di Hotel GrandMakmur pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Kutipan zakat oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang merekodkan peningkatan sebanyak 5.9 peratus atau RM5.7 juta sehingga akhir September lalu, berbanding tempoh sama pada tahun sama.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Datuk Halidan Md Daud berkata, jumlah itu seiring peningkatan seramai 3,721 pembayaran cukai berbanding tahun 2020.

Menurutnya, pada tahun lalu, sejumlah RM158.3 juta berjaya dikutip dan sasaran itu dijangka dicapai berdasarkan komitmen dan kesedaran umat Islam.

"Jadi, setakat ini, kutipan zakat harta berada di landasan yang baik dan pihak kita menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM170 juta membabitkan seramai 97,000 pembayar cukai pada tahun ini.

"Penyumbang terbesar bagi kutipan zakat adalah daripada potongan gaji iaitu sebanyak RM47.4 juta dan kedua pula daripada badan korporat dan sektor perniagaan iaitu RM22.3 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan korporat yang disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada majlis itu, MUIP melalui PKZ Pahang menerima zakat perniagaan sejumlah RM2.53 juta daripada lima syarikat.

Lima syarikat berkenaan ialah YP Plantation Holdings Sdn Bhd dengan pembayaran zakat sebanyak RM726,775.70, Pharmaniaga Berhad (RM650,000), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM384,968), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM222,959) dan Agro bank (RM168,596).

Artikel Berkaitan:

Beliau menjelaskan, peningkatan kutipan zakat dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf yang akan dilaksanakan oleh MUIP menerusi penyaluran bantuan.

"Kita juga bersyukur walaupun berlaku penularan wabak pandemik, umat Islam masih dapat menunaikan zakat harta," katanya.