X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Tiga pusat pemindahan banjir di Baling ditutup

Laporan Sinar Harian pada 28 Oktober 2021.
A
A

ALOR SETAR - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling yang dibuka sejak tiga hari lepas ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari Khamis selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, PPS terlibat adalah PPS Sekolah Titi Gantung, Sekolah Kebangsaan Bandar dan Bangol Derom.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, di Pendang, hanya PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah masih dibuka yang menempatkan 137 mangsa daripada 37 keluarga.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sehingga jam 8 pagi, sebanyak empat PPS telah dibuka yang menempatkan seramai 219 mangsa banjir daripada 57 keluarga.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!