X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong sentimen positif terhadap mata wang tempatan itu selepas Malaysia mengumumkan data perdagangan yang memberangsangkan bagi September. Foto 123RF
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disokong oleh sentimen positif terhadap mata wang tempatan itu selepas Malaysia mengumumkan data perdagangan yang memberangsangkan bagi September, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1485/1520 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1530/1560 pada Rabu.

Jabatan Perangkaan Malaysia pada Khamis mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 25.5 peratus tahun ke tahun kepada RM195.5 bilion pada September 2021 apabila eksport dan import negara mencatatkan pertumbuhan dua angka yang kukuh.

Menurut jabatan itu, jumlah eksport mencecah paras tertinggi baharu sebanyak RM110.8 bilion, meningkat 24.7 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala import juga mencatatkan peningkatan sebanyak 26.5 peratus kepada RM84.7 bilion.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, data terbaharu itu menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia mendapat manfaat daripada pemulihan global.

Bagaimanapun, beliau berkata, pembetulan teknikal dijangka berlaku memandangkan ringgit ketika ini berada dalam situasi terlebih beli berdasarkan kepada petunjuk teknikal.

"Selain itu pembentangan Bajet 2022 esok juga akan dipantau dengan rapat oleh pasaran kewangan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan pada Khamis, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6493/6527 daripada 3.6542/6572 pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.8094/8134 daripada 4.8137/8172 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0778/0808 daripada 3.0763/0790 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7075/7123 daripada 5.7033/7074 sebelumnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!