Kedah pertimbang pembenihan awan

Mukhriz (tengah) beramah mesra dengan sebahagian bekas murid SK Iskandar.
Mukhriz (tengah) beramah mesra dengan sebahagian bekas murid SK Iskandar.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan berikutan keadaan cuaca panas melanda Kedah ketika ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, terdapat daerah tertentu seperti Tanjung Dawai dilaporkan terjejas teruk akibat cuaca panas.

"Jadi, kita akan mempertimbangkan pembenihan awan terutama di kawasan seperti Tanjung Dawai yang dilaporkan terjejas teruk hingga air tidak cukup.

"Difahamkan, walaupun telah banyak bekalan air di hantar ke kawasan terlibat, namun ia masih tidak mencukupi. Jadi, ia boleh dikatakan keadaan agak mencemaskan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Mesyuarat Agung Pertama Iskandar Old Boys Association (ISKOBA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar di sini, semalam.

Dalam pada itu, menurutnya, qariah masjid di negeri ini digalakkan mengadakan solat hajat memohon hujan.

"Kita memang amat menggalakkan masjid-masjid anjurkan solat hajat, yang mana boleh dilakukan selepas solat Jumaat hari ini," katanya.

Menurutnya, beliau turut menasihatkan rakyat berjimat dan tidak melakukan pembaziran ketika menggunakan bekalan air dengan keadaan cuaca panas ketika ini.

Artikel Berkaitan: