Hanya 14 kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Hanya 14 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak pada Khamis mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan
Hanya 14 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak pada Khamis mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan
A
A
A

KUCHING - Hanya 14 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak pada Khamis mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan itu memaklumkan, 662 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 676 kes.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 239,218.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 170 kes diikuti Miri (154), Sibu (83) dan Bintulu (41),” menurut JPBN dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, 34 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 7 Oktober sehingga Khamis, manakala jumlah kluster yang aktif sebanyak 34. - Bernama

Artikel Berkaitan: