Sila log masuk terlebih dahulu.

2,779 anggota penyelamat digerakkan bantu mangsa banjir di Terengganu

Rosman (kanan) melihat persiapan bagi membantu mangsa banjir sepanjang musim tengkujuh tahun ini.
Rosman (kanan) melihat persiapan bagi membantu mangsa banjir sepanjang musim tengkujuh tahun ini.
A
A
A

KUALA NERUS - Enam agensi penyelamat bersedia menggerakkan 2,779 pegawai dan anggota bagi membantu mangsa banjir sepanjang musim tengkujuh di negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, ia sebagai persediaan bagi melancarkan proses pemindahan mangsa banjir terutama di lokasi yang berisiko dinaiki air.

Menurutnya, enam agensi terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (833 anggota), Polis Diraja Malaysia (803) dan Angkatan Pertahanan Awam (517), Jabatan Sukarelawan Malaysia (376), Angkatan Tentera Malaysia (208) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (42).

"Enam agensi berkenaan turut menyediakan kekuatan logistik sebagai persediaan membantu mangsa banjir di seluruh Terengganu tahun ini.

"Antara kemudahan disediakan ialah 132 pacuan empat roda, lori (62), bot (163) dan 24 buah ambulans," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan bagi menempatkan 270,000 mangsa banjir.

"Jabatan Kesihatan Negeri bertanggungjawab menguruskan individu sekiranya mempunyai gejala Covid-19 di mana mereka yang bergejala akan diasingkan di pusat kuarantin berdekatan," katanya.

Banjir di Terengganu dijangka melalui empat hingga enam episod hujan lebat dijangka bermula awal November dan Disember ini.

Artikel Berkaitan: