PAID Klang sesak, pengunjung terpaksa beratur panjang

Foto yang memaparkan keadaan pengunjung beratur panjang di PAID Klang. - Foto ihsan @bellaTutulip.
Foto yang memaparkan keadaan pengunjung beratur panjang di PAID Klang. - Foto ihsan @bellaTutulip.
A
A
A

KLANG - Beberapa keping foto tular di laman sosial, Twitter sejak Rabu, memaparkan keadaan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang yang dilaporkan sesak dengan kehadiran pengunjung bagi menyelesaikan urusan masing-masing.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @bellaTutulip berkata, orang ramai terpaksa beratur di tengah panas bagi tempoh sehingga dua ke tiga jam sementara menunggu giliran tiba.

Katanya, pihak pengurusan juga tidak menyediakan nombor penggiliran bagi sesi petang.

"I beratur dari 11 pagi, dia tak nak bagi nombor giliran untuk sesi petang which is 1.45 petang baru dia bagi, sedang orang beratur ramai and limit dia 20 orang je," ciapnya.

Sehingga jam 2 petang pada Khamis, ciapan @bellaTutulip yang turut disertakan dengan dua keping foto memaparkan keadaan pengunjung beratur panjang di PAID Klang telah mendapat sebanyak 1,388 tanda suka dan 1,411 ulang ciap (retweet).

Dalam pada itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan: