Guardiola akui West Ham layak menang

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan West Ham United berada pada tahap terbaik ketika mengakhiri dominasi kejuaraan Piala Liga dimenangi The Citizens selepas menyingkirkan penyandang juara itu di Pusingan 16 Terbaik di Stadium London.

Malah menurut Guardiola, para pemain Manchester City telah pun memberikan persembahan terbaik sepanjang aksi 90 perlawanan tersebut.

"Pencapaian luar biasa Manchester City di kejuaraan Piala Liga telah berakhir. Malah kami menamatkannya dengan cara beraksi paling baik. Kami mencipta banyak peluang ketika menentang lawan yang mengamalkan corak bertahan dengan mendalam. Ya, West Ham lebih baik di pentas penentuan sepakan penalti.

"Apapun tahniah kepada West Ham, mereka adalah kelab hebat malah memiliki pengurus yang hebat. Namun ini bukan pengakhiran sebaliknya tahun depan kami akan kembali mencabar semula kejuaraan ini," ujar Guardiola.

The Hammers mengakhiri penguasaan The Citizens di pentas kejuaraan tertua Inggeris apabila anak buah David Moyes mengunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri menyingkirkan skuad asuhan Pep Guardiola menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan 90 minit perlawanan.

Manchester City sebelum ini mencipta rekod kejuaraan itu apabila menyamai pencapaian dilakukan Liverpool yang memenangi trofi Piala Liga secara berturut-turut dari 1981 hingga 1984, yang diakhiri Tottenham Hotspur di pusingan ketiga pada Oktober 1984.

Pada masa sama Guardiola mengakui gembira apabila Kevin de Bruyne memperolehi semula minit perlawanannya kembali menegaskan memisahkan tanggungjawab antara Kyle Walker dan Joao Cancelo.

“Semua pemain layak mendapat minit perlawanan masing-masing, malah semua pemain teruja untuk beraksi dalam perlawanan ini. Kevin yang kembali pulih penting untuk perlawanan menentang Liverpool, Chelsea dan Brugge. Dia akan kekal di posisinya sentiasa berusaha mendapatkan prestasi terbaiknya semula.

Artikel Berkaitan:

"Malah untuk Kyle dan Joao juga pembahagian 45 minit tanpa mengira mengenai keputusan perlawanan. Mereka sebelum ini mengharungi jadual perlawanan yang padat, jadi saya tidak mahu membebankan mereka berdua.

“Cole Palmer juga tampil cemerlang dalam perlawanan ini, selain mencipta beberapa peluang pada babak pertama. Manchester City menentang lawan yang sukar, dan apabila sampai ke penentuan sepakan penalti segala perkara boleh berlaku," katanya.