X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Empat wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Antara barangan yang dirampas polis ketika serbuan di sebuah premis kediaman di Taman Usahawan, Kepong pada malam Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai empat wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah premis kediaman di Taman Usahawan, Kepong, di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan jam 10 malam itu, kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 37 tahun dipercayai menjadikan premis tersebut sebagai sarang pelacuran.

"Modus operandi kegiatan ini adalah dengan berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dan mereka dipercayai baru sahaja beroperasi sejak tiga minggu yang lepas.

"Pihak polis merampas wang tunai anggaran RM300, kondom pelbagai jenama, minyak urut, dan minyak pelincir," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Eng Lai memberitahu, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan penyalahgunaan permit pekerjaan," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!