Kementerian Kerja Raya tangani isu kenaikan kos bahan binaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil beberapa langkah bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan di negara ini.Gambar hiasan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil beberapa langkah bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan di negara ini.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil beberapa langkah bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan di negara ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, langkah pertama adalah dengan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain industri untuk memperhalusi perkara tersebut.

“Hasil daripada sesi libat urus bersama industri, KKR telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan semula peruntukan syarat perubahan harga.

“Kedua, melaksanakan pemantauan harga bulanan dan menerbitkannya melalui Portal National Construction Cost Centre.

“Harga bahan binaan ini dikumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan diperoleh daripada kontraktor. Aktiviti pemantauan telah dilaksanakan semenjak tahun 2002,” katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ignatius Darrel Leiking (Warisan-Penampang) yang bertanyakan langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengawal harga bahan-bahan pembinaan yang mengalami peningkatan harga mendadak.

Mengulas lanjut, Arthur berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi bertetulang yang ketara mengikut lokaliti setempat.

“Dan ini turut memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam kumpulan atau sub-kumpulan wajaran tertentu serta menjejaskan kelancaran pembinaan projek-projek kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Berdasarkan kajian terhadap data Jabatan Perangkaan Malaysia dari Januari 2021 sehingga Ogos 2021 yang diunjurkan sehingga Disember 2021, didapati berlaku kenaikan kepada indeks kos pada kadar di antara tiga peratus sehingga 19 peratus di seluruh negara kesan pandemik Covid-19 dan peningkatan harga pasaran global.

“Antara bahan yang terkesan yang berkait secara langsung dengan industri pembinaan adalah besi bertetulang dan crushed aggregates,” jelasnya.