139 mangsa banjir di Pendang masih di PPS

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang melakukan pemantauan paras air di kawasan yang terjejas di Pendang pada Khamis.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang melakukan pemantauan paras air di kawasan yang terjejas di Pendang pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Hanya seorang mangsa banjir daripada 140 orang yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sukan Tanah Merah, Pendang dibenarkan pulang ke rumah setakat jam 12 tengah hari Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, hasil pemantauan di kawasan terjejas menunjukkan paras air terkini adalah 2.87 meter (m) dan berlaku sedikit penurunan, namun pergerakan air masih laju.

Menurutnya, ketika ini keadaan didapati tiada hujan dan air makin surut di sesetengah kampung seperti Kampung Sungai Mati, Kampung Banggol Besi, Kampung Alor Ali dan Kampung Tok Pauh.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah ini ketika ini adalah 139 orang daripada 35 keluarga melibatkan penduduk terjejas dari mukim Guar Kepayang, Ayer Putih, Padang Peliang, Padang Pusing dan Bukit Raya berbanding 140 orang pada jam 8 pagi," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan satu lagi PPS dibuka di negeri ini pada Khamis bagi menempatkan mangsa banjir.

Sehingga jam 8 pagi, sebanyak empat PPS telah dibuka yang menempatkan seramai 219 mangsa banjir daripada 57 keluarga melibatkan daerah Baling dan Pendang.

Artikel Berkaitan: