Delegasi Taliban bertemu perwakilan Barat, Jepun di Doha

Amir Khan Muttaqi - Foto fail Reuters
Amir Khan Muttaqi - Foto fail Reuters
A
A
A

KABUL - Delegasi Taliban yang diketuai pemangku menteri luar pertubuhan itu pada Rabu mengadakan pertemuan dengan utusan Jerman, Norway, Belanda dan Jepun di Doha, kata jurucakap Taliban.

"Amir Khan Muttaqi dan delegasi yang mengiringi beliau bertemu dengan utusan dan duta dari Jerman, Jepun, Belanda dan Norway di Doha, Qatar," menurut ciapan Bilal Karimi.

Menurut beliau, pegawai kanan Taliban itu juga bertemu dengan utusan dari 14 negara, kebanyakannya dari Eropah, pada sebelah malam untuk menyeru kuasa dunia mengiktiraf kerajaan Afghanistan yang ditadbir oleh Taliban dan meminta mereka menggesa Amerika Syarikat menarik balik pembekuan akaun bernilai berbilion dolar milik Bank Pusat Afghanistan, menurut Xinhua.

Menurut kumpulan itu, pada hari itu, Muttaqi juga mengadakan pertemuan dengan ketua misi AS ke Afghanistan di Doha, Ian McCary. - Bernama

Artikel Berkaitan: