X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

'Sedia kerjasama, saya setia arahan parti'

Sulaiman menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan mana-mana rakan politik asalkan ia selari dengan pendirian parti. - Foto Bernama
A
A

AYER KEROH - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan mana-mana rakan politik asalkan ianya selari dengan pendirian parti.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tiada sebab untuknya menolak apa jua bentuk kerjasama jika ia membawa kebaikan kepada parti dan juga negeri.

“Presiden sudah beri noktah takkan saya nak susun semula. Saya setia dengan parti dan apa jua keputusan presiden, dia kata noktah ke saya jalan saja lah. Itu keputusan parti bukan individu.

“Kalau kerajaan kata (mahu) bekerjasama dengan siapa pun kita kerja saja lah. Saya tak boleh cakap benda itu boleh ke tidak boleh.

“Saya lebihkan sahaja kepada arahan parti sebab keputusan sepertimana saya sebut itu bukan keputusan individu, keputusan yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima suntikan dos penggalak di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas soal pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan parti politik ujarnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, garis panduan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini perlu dipatuhi supaya ianya berjalan lancar tanpa gelombang baharu Covid-19.

“Arahan Kementerian Kesihatan seperti mana SOP yang telah dikeluarkan kena akur lah, (mana) yang tidak boleh (maka) tidak boleh lah.

“Mana yang telah dikompaun itu dia kena terima la kalau tidak ikut arahan dikeluarkan KKM itu, jadi bayar sahaja lah kompaun yang dikenakan,” ujarnya.

Untuk rekod kerajaan Melaka dipimpin Sulaiman dari UMNO selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH) yang tumbang Mac tahun lalu.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!