X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

'Apabila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka'

Ciapan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - “Apabila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata demikian mengulas berkenaan video tular seorang wanita warga asing enggan memakai pelitup muka dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur.

Jelas beliau, peraturan negara ini hendaklah dipatuhi tanpa mengira peraturan di negara lain.

"Apabila di Rom, lakukan seperti yang dilakukan oleh orang Rom. Apabila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tanpa mengira peraturan di tempat lain,” ciapnya menerusi Twitter pada Rabu.

Khairy berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pengurusan pusat beli-belah terbabit berhubung kejadian berkenaan.

Pada Rabu, tular satu video di Twitter berkenaan seorang wanita warga asing memarahi pekerja di sebuah butik di Suria KLCC yang tidak membenarkannya masuk kerana enggan memakai pelitup muka.

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @DFEfiercefun pada Rabu, beliau memuat naik video berkenaan selepas melihat warga asing itu memaki pekerja butik terbabit.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, wanita warga asing itu juga menggelarkan sesiapa yang memakai pelitup muka sebagai komunis.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!