Rashford jauhi media sosial sejak diaibkan Liverpool

Rashford
Rashford
A
A
A

TONGGAK Manchester United, Marcus Rashford mengakui menjauhi media sosial sejak beberapa hari lalu selepas kekalahan memalukan 0-5 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford.

Namun begitu tonggak England itu memberi jaminan kepada para penyokong The Red Devils, bahawa pemain-pemain Manchester United akan bangkit lebih bertenaga menebus kekalahan tersebut dalam perlawanan seterusnya.

"Saya tak tipu, anda semua tidak mendengar sebarang perkhabaran daripada saya sejak kebelakangan ini. Ini kerana saya sebagai penyokong Manchester United tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan mengenai kekalahan kepada Liverpool tempoh hari.

"Sejujurnya, saya merasa amat malu, apatah penyokong-penyokong merupakan segala-galanyanya pada kami pemain-pemain Manchester United, tidak harus disajikan dengan kekalahan sebegini.

"Kami kini berusaha keras memperbaiki segala kelemahan pasukan untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya, pada masa menilai semula prestasi diri masing-masing," kata Rashford.

Hatrik Mohamed Salah, jaringan Naby Keïta dan Diogo Jota sudah cukup menghadirkan igauan ngeri kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer ketika melayan kunjungan seteru tradisi liga Inggeris tersebut.

Skuad kendalian Solskjaer akan bertandang ke London menentang

Tottenham Hotspur bagi perlawanan liga sebelum mengharungi kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Atalanta, diikuti perlawanan derbi Manchester menentang Manchester City pada 6 November.

Artikel Berkaitan: