X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

CovidNow: 94.9 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi

Sebanyak 22,214,490 atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,214,490 atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Rabu, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow.

Sejumlah 97.6 peratus atau 22,839,280 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 147,242 dos suntikan vaksin telah diberikan pada Rabu melibatkan 123,182 suntikan dos lengkap, 18,493 menerima suntikan dos pertama manakala 5,567 menerima dos penggalak (booster) menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,581,855.

Jumlah kumulatif bagi penerima dos penggalak kini adalah 152,036.

Setakat Rabu juga, sebanyak 1,951,450 atau 62 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 82.4 peratus atau 2,592,048 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!