X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Nelayan cedera terkena bilah kipas bot

Anggota Maritim Malaysia memeriksa keadaan nelayan warga Thailand yang cedera ketika melepaskan tali yang terbelit pada kipas enjin bot nelayan kelas C di kedudukan enam batu nautika dari muara Kuala Kedah, tengah hari Rabu.
A
A

KUALA KEDAH - Seorang nelayan warga Thailand cedera di bahagian kaki akibat terkena bilah kipas di kedudukan enam batu nautika dari muara Kuala Kedah, tengah hari Rabu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mangsa, Saithongthae Sutham, 53, yang merupakan seorang tekong bot mengalami kecederaan ketika melepaskan tali yang terbelit pada kipas enjin bot nelayan kelas C.

Menurutnya, mangsa yang cedera sekitar jam 12.45 tengah hari itu kemudiannya dibawa ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah sebelum dibawa ke Kedah Medical Centre (KMC) untuk rawatan lanjut.

"Sebelum itu, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah menerima laporan daripada pemilik bot, Thng Ian Wei berhubung kejadian tekong bot cedera di laut bagi mendapatkan bantuan operasi pemindahan perubatan (Medevac)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan, bot PERKASA 1226 segera diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan dan mangsa terus dibawa ke jeti berhampiran untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Maritim Malaysia memohon kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di 04-7310579.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!