Cikgu Ali berpanas baiki bumbung sekolah

Mohamad Ali menaiki skylift untuk membaiki bumbung SK Kampung Gelam, Melaka pada Rabu.
Mohamad Ali menaiki skylift untuk membaiki bumbung SK Kampung Gelam, Melaka pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Bekas guru yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sanggup berpanas untuk membaiki bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam yang rosak dilanda ribut, baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil hasil aduan orang ramai dan segera menyewa sebuah jentera berat ‘skylift’ bagi membaiki kerosakan tersebut.

Menurutnya, apa yang dilakukan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terganggu lebih-lebih lagi sekolah akan dibuka kepada semua murid secara penggiliran kelas pada minggu depan.

Mohamad Ali (kiri) melihat bumbung baharu yang hendak dibaiki di SK Kampung Gelam, Melaka pada Rabu.
Mohamad Ali (kiri) melihat bumbung baharu yang hendak dibaiki di SK Kampung Gelam, Melaka pada Rabu.

"Walaupun saya bekas guru, tetapi semangat keguruan tetap tersemat di dalam hati dan jiwa saya, kerana itu, apa yang saya lakukan ini adalah untuk keselesaan proses pembelajaran anak-anak.

"Ini juga pengorbanan dan kasih sayang guru kepada anak didiknya,” katanya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara dan mesra dipanggil Cikgu Ali berkata, kerana semangat itu juga beliau sanggup berpanas di bawah terik matahari untuk membantu membaiki bumbung yang rosak itu.