PGA bongkar taktik seludup bahan api melalui sistem paip

Pam di dalam pembentung yang disambung ke saluran paip terus menuju ke dasar Sungai Golok bagi tujuan penyeludupan bahan api ke negara jiran.
Pam di dalam pembentung yang disambung ke saluran paip terus menuju ke dasar Sungai Golok bagi tujuan penyeludupan bahan api ke negara jiran.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Taktik licik seorang lelaki tempatan menyeludup bahan api petrol dengan mewujudkan sistem paip bagi memudahkan aktiviti haram itu dilakukan terbongkar selepas dicekup Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu pada Rabu.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan di pangkalan haram Kertas, Kampung Gual Tok Deh, di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, bertindak atas maklumat, intipan dan pemantauan telah dibuat pada jam 9 pagi di kawasan pangkalan haram itu.

"Semasa intipan dan pemantauan itu dilakukan, anggota bertugas telah melihat sebuah kereta dari arah jalan besar masuk ke kawasan pangkalan haram itu dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Taktik licik seorang lelaki tempatan menyeludup bahan api petrol dengan mewujudkan sistem paip bagi memudahkan aktiviti haram itu dilakukan terbongkar selepas dicekup Batalion 9 PGA Kuala Terengganu pada Rabu.

Menurutnya, anggota bertugas kemudian bertindak menahan lelaki itu dan membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan, namun tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu lelaki itu telah menjumpai dua tong berwarna putih mengandungi minyak petrol.

Nor Azizan berkata, pemeriksaan lanjut berhampiran kereta itu menjumpai dua lagi tong berisi petrol dan seunit pam lengkap dengan paip getah menuju ke pembentong yang berada di lokasi itu.

Penyeludup menggunakan pembentung yang seakan-akan telaga untuk mengaburi pihak berkuasa.
Penyeludup menggunakan pembentung yang seakan-akan telaga untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Lanjutan itu, PGA telah menjumpai seunit lagi pam di dalam pembentung dan apa yang mengejutkan, kita dapati, pam itu disambung ke saluran paip yang terus menuju ke dasar Sungai Golok bagi tujuan penyeludupan bahan api ke negara jiran.

"Kesemua barangan rampasan termasuk kereta dan suspek dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut," katanya.

Nor Azizan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.