Abang maut dipercayai dilanggar adik kandung

Arriz Sham
Arriz Sham
A
A
A
PENDANG - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar sebuah kereta jenis Proton Saga Flx yang dipandu oleh adik kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan, Arriz Sham Hamezah berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Kampung Haji Bunga, Mukim Air Puteh, pada jam 8.30 semalam.

Katanya, hasil temubual bersama adik perempuan si mati, semasa kejadian dia bersama ibunya berada di dalam bilik rumah berkenaan.

"Manakala si mati yang merupakan abang keempat sedang mengamuk memanggil namanya sambil mengetuk pintu bilik.

Arriz berkata, adik perempuannya itu membuka pintu bilik dan abangnya itu terus meminta duit daripada ibunya sambil memegang sebilah parang.

"Ibunya yang dalam ketakutan terus menyerahkan wang sebanyak RM50 kepada abangnya dan terus beredar," katanya.

Menurut Arriz, pada masa yang sama, ibunya telah menghubungi anak keenam dan telah memberitahu yang abangnya sedang mengamuk di dalam rumah.

"Tidak lama kemudian, dia dan ibunya terdengar dentuman yang kuat di hadapan rumahnya dan terus berlari menuju ke hadapan rumahnya dan mendapati abang keenamnya telah keluar dari kereta dan terus berlari menuju ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terletak di belakang rumahnya.

"Adik perempuan mangsa berkata, dia melihat abang keempatnya telah terbaring di hadapan kereta disyaki telah dilanggar oleh abangnya itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Hasil siasatan awal kita percaya suspek melanggar mangsa kerana tiada kesan brek ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Tambah Arriz, si mati mempunyai 12 rekod jenayah berkaitan kes dadah dan samun manakala suspek tidak mempunyai sebarang rekod.

"Suspek akan mula direman bermula hari ini selama tujuh hari dan kes akan disiasat bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.