Lebih 600 kakitangan wanita MPSJ dirai

Hamizun (dua, kiri) mewakili Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ menyerahkan kad ucapan sempena Hari Wanita 2019 kepada Noraini (kiri).
Hamizun (dua, kiri) mewakili Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ menyerahkan kad ucapan sempena Hari Wanita 2019 kepada Noraini (kiri).
A
A
A

SUBANG JAYA - Lebih 600 kakitangan wanita di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diraikan sempena sambutan Hari Wanita 2019 di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan, hari ini.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, beliau gembira kerana dapat bertemu dan beramah mesra dengan kakitangan wanitanya bagi meraikan hari istimewa tersebut.

"Terima kasih untuk sumbangan bakti serta kesungguhan yang ditunjukkan selama ini. Saya amat menghargai setiap apa yang dilakukan dan hampir 50 peratus ketua jabatan di sini terdiri daripada wanita.

"Saya percaya kegemilangan dicapai MPSJ hari ini adalah hasil usaha serta komitmen tidak berbelah bahagi yang diberikan kakitangan wanita ini," katanya kepada 1,600 warga MPSJ ketika lawatan ringkas ke semua jabatan MPSJ.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Hamizun Mohamad Basar.


Hamizun bersama penghargaan diterimanya iaitu sebagai salah seorang daripada 51 pemimpin bandar pintar paling berpengaruh.
Hamizun bersama penghargaan diterimanya iaitu sebagai salah seorang daripada 51 pemimpin bandar pintar paling berpengaruh.

Dalam pada itu, Noraini turut mengingatkan seluruh kakitangan wanitanya untuk menjaga harga diri, sentiasa berkeyakinan dan perlu bijak dalam semua aspek termasuk penjagaan kesihatan dan diri selain sentiasa menuntut ilmu dan memanfaatkan kelebihan itu untuk berbakti kepada masyarakat.

"Kena sayang diri sendiri dulu dan barulah kita berupaya untuk menyayangi dan menjaga orang lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hamizun turut mengingatkan kakitangan wanita untuk sentiasa komited dalam semua perkara yang dilakukan.

Noraini (dua, kiri) menandatangani plakad Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik sebagai simbolik sambutan Hari Wanita 2019 peringkat MPSJ hari ini
Noraini (dua, kiri) menandatangani plakad Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik sebagai simbolik sambutan Hari Wanita 2019 peringkat MPSJ hari ini

"Ramai dalam kalangan wanita ni mereka malu. Tapi tak apa, buat saja kerja kita perlahan-lahan, yang penting buat dengan baik secara berterusan.

"Saya sendiri sebelum pegang jawatan ini pada 2010, saya juga bermula dari bawah sejak berkhidmat pada 1993 di sini," katanya.

Menurutnya, terbaharu, beliau diberi penghargaan selepas dipilih sebagai salah seorang daripada 51 pemimpin bandar pintar paling berimpak.

Noraini (depan, tengah) kelihatan ceria bersama sebahagian kakitangan wanitanya.
Noraini (depan, tengah) kelihatan ceria bersama sebahagian kakitangan wanitanya.

"Alhamdulillah, komitmen dan usaha berterusan yang dibuat mendapat pengiktirafan yang langsung tidak dijangka,"katanya menyifatkan penghargaan itu sebagai satu kepuasan buat dirinya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Noraini turut mengedarkan cenderahati kepada kakitangan wanita sebagai tanda penghargaan di atas usaha dan sumbangan diberikan mereka ke arah merealisasikan hasrat MPSJ menjadi bandar hijau mesra wanita pertama di Malaysia.