Jual produk bahan kisar jana RM200,000 semasa PKP

Nur Harfiza menunjukkan pilihan produk keluaran Kitchen Saver yang membantu memudahkan kerja memasak.
Nur Harfiza menunjukkan pilihan produk keluaran Kitchen Saver yang membantu memudahkan kerja memasak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mengambil kira senario semasa dan suasana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong seorang wanita memulakan perniagaan mengeluarkan bahan kisar untuk masakan dengan jenama Kitchen Saver.

Usahawan, Nur Harfiza Hashim berkata, perniagaan berasaskan bahan untuk memasak seperti bawang, halia, kunyit, lengkuas dan cili bermula sejak April tahun lalu dan kini sudah mempunyai 200 ejen seluruh semenanjung Malaysia.

Lebih menggembirakan, beliau memberitahu, ada antara ejennya berjaya menjana pendapatan sehingga RM200,000 dalam tempoh enam bulan menjalankan perniagaan berkenaan.

“Setelah berbulan-bulan akur dengan piawaian operasi standard (SOP) dan perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk orang ramai memasak di dapur.

“Saya juga gembira kerana dapat bersama-sama berkongsi rezeki termasuk dengan golongan ibu tunggal dan pelajar serta mereka yang hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Nur Harfiza berkata, Kitchen Saver jenama di bawah syarikat Anggun Lufya Empire Sdn Bhd memiliki sebuah kilang di Wangsa Maju.

Pekerja memastikan proses pembungkusan produk Kitchen Saver dilakukan dengan pemantuan kualiti terutamanya kebersihan.
Pekerja memastikan proses pembungkusan produk Kitchen Saver dilakukan dengan pemantuan kualiti terutamanya kebersihan.

Beliau berkata, jenama itu juga mampu mengeluarkan sembilan jenis pilihan produk berharga RM15 hingga RM18 sebotol.

Artikel Berkaitan:

Antara produk yang dikeluarkan ialah Bawang Putih Kisar, Bawang Holland Kisar, Bawang Besar Kisar, Kunyit Kisar, Lengkuas Kisar, Serai Kisar, Cili Padi Kisar, Cili Kering Kisar dan Halia Kisar.

“Alhamdulillah dalam tempoh sebulan, Kitchen Saver mampu menjual sebanyak 120,000 botol pelbagai bahan kisar dengan purata 3,000 botol seminggu.

“Ramai juga bertanya, boleh pergi jauh ke produk ini atau berapa lama boleh tahan? Itulah Kitchen Saver, kerana produk kami mampu bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam ruang simpanan biasa peti ais manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun,” katanya.

Selaku jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen diiktiraf Halal dan menerima khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), serta dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Beliau berkata, setiap ejen sentiasa diingatkan serta diminta untuk bersama-sama memperkenalkan produk keluaran Kitchen Saver tanpa 3P; pengawet, pewarna dan perisa.

“Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan dihantar terlebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan. Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan Thypoid” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Kitchen Saver boleh didapati di laman web https://kitchensaverhq.com atau Facebook dan Instagram.