X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Zii Jia kecundang awal di Terbuka Perancis

ZII JIA. FOTO: BAM
A
A

PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang lebih awal dari kejuaraan Terbuka Perancis apabila dijinakkan pemain Singapura, Loh Kean Yew pada pusingan pertama.

Zii Jia berusia 23 tahun tampil dengan status nombor lapan dunia terpaksa akur tewas kepada Kean Yew yang berkedudukan ke-40 dunia dalam perlawanan yang mengambil masa 39 minit.

Pada perlawanan itu Kean Yew menewaskan juara Seluruh England tersebut 24-22, 21-14 dalam aksi yang menyaksikan penguasaan mata berpihak pemain berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang berkenaan.

Untuk rekod, Zii Jia sebelum ini pernah menewaskan Kean Yew pada perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki di Sukan SEA Filipina 2019 dengan keputusan 21-18, 21-18.

Kean Yew yang merupakan juara Terbuka Belanda awal bulan ini, bakal menentang perlawanan antara Lakshya Sen dari India atau Nhat Nguyen dari Ireland pada pusingan seterusnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!